Mr. DW

2:01:00 PM





IV

Aku termenung di tepi cashier. Hampir semua perkara hari ini tidak menjadi. Customer pun tak ramai.

Tuala kecil berwarna unggu itu lantas kuambil dan mula mengemas meja makan yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk bersisa makanan. 

  *********************************************************************

Aku mengira duit dalam peti cashier. Malunya ! Kenapa mesti jadi macam tu...
Cukup semuanya duit dalam peti cashier.

Usai membungkuskan dua gelas air sejuk itu, aku menyerahkan kepada lelaki yang setia menunggu di meja nombor 16. Serba salah dan segan masih bersarang dalam hatiku. Yelah, waktu customer ni datang,  aku boleh pulak tengah on the phone dengan adik, tambah lagi dengan masalah yuran dia lagi nak kena bayar by Monday. Dia pulak final exam Isnin tu juga. Aku mengeluh kecil. Sambil meletakkan resit di tepi mejanya, aku menuturkan jumlah yang perlu dibayar.

"Saya bayar kat kaunterlah."

"Okay."

Aku membawa bil ke kaunter. "16.40 semuanya."

Dia menyerahkan sekeping RM20 dan aku mengambilnya. Saat memulangkan baki, aku tersentuh jemarinya, laju aku menarik tanganku dan menyerahkan resit. Segan! Bersalah!
Melihat lelaki itu mengenakan kopiah di kepalanya, dia nak pergi masjid ke ? Ke baru balik sembahyang Jumaat? Aku sedikit gusar. Macam mana kalau wuduk dia terbatal sebab aku? Alamak ! Tak pe, dia ambil je laa semula wuduk kan? Lelaki tak pe, senang. Alaaa tapi nanti dia ingat aku nak menggatal! Tak kot. Perasaan serba salah dan segan menampar pipiku berulang kali.

Malunya. Aku menulis jumlah wang di dalam peti itu di atas sekeping kertas supaya tidak terlupa nanti. Pintu kedai dibuka dan laju aku mengangkat kepala untuk melihat pelanggan yang datang.

"Selamat datang !"

Air mukaku berubah. Dia lagi ! Nak apa lagi ! 
Lelaki itu tersenyum melihat perubahan air mukaku. Damn. Aku memejam erat mataku dan mula memberi menu kepadanya dan lelaki di hadapannya. Kalau tengok lelaki depannya itu, mengingatkan aku pada Suhaib. Yeah, Suhaib Kamar. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri.

Aku melihat order list yan diberi. Chicken Steam (breast) and Ribena Melon (without sugar). Tengah diet or jaga badan abang ni. Hahahaha. Aku ketawa dalam hati.
"Take away." ujar lelaki itu.
"Oh, nak take away?" aku bertanya semula.

Dia memandang lelaki persis Suhaib itu. "Kalau abang nak makan sini, saya okay je teman."
"Tak pelah, take away je"
Aku mengangguk.





V

Sheehan memandangku yang dari tadi kusyuk melipat kain yang berlonggok dalam bakul. Dah seminggu rasanya tak berlipat.

"Cemana tadi kerja? Okay? Org baca tweet akk dok asyik merungut kaki nak patahlah, penatlah, tak sabar nak balik rumahlah.. baru kerja seminggu dah lembik."

Kurang hajor taw Sheehan ni gelakkan aku. Nak je aku smackdown budak ni.

Sheehan duduk di sofa sambil mengunyah keropok Twistiesnya. Aku masih meneruskan melipat baju yang menggunung. Sarah nak balik dah esok. Rindunya Mesir. Kalau kat Mesir sekarang ni baru pukul 4 petang. Maru mesti tengah tidur, macam biasa kucing tu memang kuat tidur tak pernah nak layan aku ! Rindunya bilik kat Salam MashaAllah. Bersyukurlah yuyu.

"Haaaaa! Melamun apa tu ?!" Sergah Sheehan. Terkejut aku disergah begitu, nasib tak bersilat tadi. Budak ni kan, migrain aku lama lama macam ni hayolah!


"Kak yuyu tengah melamun apa tadi? Ada apa apa jadi kat cafe ke tadi?" tanya Sheehan lagi. Aku mengeluh.


"Macam mana proposal awak hari itu? Dapat tak kutip dana?" lelaki itu bertanya. Aku terdiam. Proposal? Dana mana ni?
Aku memandang lelaki itu lama, cuba mengingat semula. Aku tak adalah terhantuk mana mana sampai dapat temporary amnesia. Tapi tak ada pulak register mana mana dalam kepala aku muka lelaki ni. Dia menarik kopiahnya, membetulkan rambutnya yang berwarna kelabu hitam. Dia ni sakit ke? Lelaki muda macam dia ni bukan at least kalau nak dye rambut pun, pilihlah warna yang menarik sikit. Nasib muka putih je. Dia membetulkan cermin matanya sambil tersenyum. Aku terpandang DW di tangan kanannya. Wehhhhh, dia niiiii kannnnn lelaki dulu tu....

Aku memejam erat mataku semula. Tiga kali aku terserempak dengan dia ni. Petanda apakah ini? Malang mula bertapak mungkin.
"Ingat tak lelaki yang dulu tu? Yang akak salah duduk meja reservation dia tu?" soalku.

Sheehan buat muka keliru. Mungkin dia juga sedang membelek-belek memori dalam kepalanya seperti aku tadi. Seeeeeeee! Sheehan pun tak ingat yang mana!

"Oh, yang time minta dana untuk projek KKB tu eh? Hah, kenapa?" Sheehan mula bersila di hadapanku. O-kay Sheehan ingat.


"Dia datang tadi, beli makanan kat cafe." jelasku.

"Fulamak. Macam cerita korea dah ni kak yuyu. Lepas tu, dia ingat tak akak?" tanya gadis itu sambil ketawa terbahak-bahak. Budak ni kan. Seballah pulak aku asyik kena gelak je dari tadi. Sebab dia ingat aku lah aku jadi tak keruan, malu weh !

"Ingatlah kot sebab dia perli tanya pasal dana hari tu."


"Ye ke dia perli? Entah entah dia concern ke?" Sheehan mula nak buat cerita korea dalam kepala dialah tu. Tahu sangat aku kalau tengok Sheehan ni kalau excited nak keneng-kenengkan orang lain. Semua jalan cerita jadi macam korean drama yang dia selalu tengok tu. Cliche betul.

Akhirnya habis pun lipat baju baju yang menggunung dalam bakul tadi. Aku menyusun baju baju itu mengikut tuan empunya baju.


"Kak yuyu bau something tak?" tanya Sheehan. Aku mengerut dahi. Bau apa? Ada orang lupa tutup gas ke?

"Bau apa?"

"The smell of falling in love... ouch !" Dua biji bantal melayang ke muka Sheehan. Itu tandanya supaya senyap. 

Arranged
Pain

You Might Also Like

0 comments



@2011-2017 NurulHidayu