Raya di Perantauan

1:30:00 AM


Assalammualaikum dan salam perantauan dari kami yang masih di mesir!
Al-kisah aku yang tak balik beraya di Malaysia tahun ni. Perasaan? Sebak. Sedih. Bercampur gaul. Hati dah sampai Malaysia dah pun. 

Feeling raya kat perantauan? Well, tampat aku Zagzig, which is like kampung sikit. Kalau Cairo or Alex, macam best laa jugak nak sambut raya sebab banyak tempat boleh pergi. Untuk first time ni yang tak berapa nak prepare ni, okay laa jgk so far. Awkward sebenarnya. Tapi, layan jeee la! Haha.

Tapi tak boleh nak buat apa laaaa. Memang salah aku sebab main main time final exam, hamek kau fail dua subject! The ultimate killer subjects, Physiology dan Biochemistry! Susah bak hang!

Baru balik ni pun lepas attend open house senior and kawan kawan yang tak balik Malaysia. Sambil layan Love Lane- Mamamoo, tangan dok ketak ketuk ketak ketuk taip keyboard lappy.

Raya tahun ni tema apa? Family aku tahun ni tema purple. Tahun lepas aku dah purple, dorng nak gak pakai purple lagi tahun ni! Erghh. Layannn jaaa.




So, acano plak takbir raya? Takbir raya sini tak ada feeling betul. Macam iqamat! Laju mcm kereta api express! Tak sempat pun nak fefeeling raya -,-"
Last last ktorng bukak youtube-Takbir raya by ust. Asri. Baru feeling!
Hiba hati pun tak ley nak buat apa kan? Redha je laaa.

Malam raya plak, ktorng dok bersilat kat dapur dengan main chef--->Sarah masak rendang ayam! Sambil tu aku dok sibuk buat cornflakes madu, which is fav kuih raya!

HONEY CORNFLAKES

Bahan:

100 gram cornflakes ( Kat mesir ni, aku pakai kellogs punya brand)
100 gram butter ( Guna fernleaf lagi sedap kot klu kat mesir ni. Mana ada Buttercup kat mesir!)
90 gram gula halus
5-6 tablespoon madu
Pewarna warna warni ( utk hiasan. Tapi aku tak letak pun sebab aku tak suka.)
Small Cupcakes cup

Cara:
1. Masukkan butter, gula and madu dalam periuk and heat slowly atas dapur for few minutes. Madu tu jangan letak banyak sgt kayy uolls. Rasa laa dulu mixture tu dah okay ke belum. Kalau terlebih letak madu, cornflakes uolls melekat mcm gam UHU, keras and liat.
2. Masukkan cornflakes and gaul sampai rata.
3. Panaskan oven around 175'C and masukkan cornflakes dalam cup yang sebelum itu telah siap disusun atas tray.




4. Then, Masukkan tray dalam oven and heat for 7 minutes. Perhatikan warna cornflakes. Jangan sampai brown sangat, nanti tak sedap. Pahit!

Selamat mencuba!

Sambung cerita, dah siap rendang ayam and honey cornflakes, Sarah masak kari plak. Tapi tak menahan time aku tengah heat cornflakes dlm oven, boleh plak blackout! Walawei! Dah laa lama plak tu! 
Dalam pukul 1.30-2.00 pagi baru ada elektrik balik. So, sambung masak.

Samapi ke subuh tak tidur, tak sempat! Lepas solat subuh, mata memang tak tahan pedih yang amat. Maka, beradulah beta. Sampailah pukul 5 pagi, Sarah kejut nak ajak gi solat raya. Jangan memain! Sini solat raya pukul 5.30 pagi weyy! HAHA.
Al kisah tergesa gesa siap, dapat juga merasa solat raya di perantauan eventho pelik sikit cara solatnya. Alhamdulillah :)

Lepas tu nak buat apa? Baru pukul 6 pagi! Apalahi, balik rumah, sambung tidur! Rare kan? Hahaha. Bangun bangun makanan dah terhidang. Ewahhh! Lepas tu siap siap nak gi open house!
Ingat Mesir tak ada open house ke? Hahaha.



Paling best rumah Kak Bell! Dapat lemang dengan rendang daging beb! Bukan tu je, siap ada lontong tawww!
Beransur plak ke rumah Madiha, dapat Soto and satay pulak! Perut nii rasa macam nak pecah, penuh sangat. Nafsu makan aku kemainnnnn!


Itulah kisah pagi raya aku di perantauan. First time sambut raya tanpa family. Duduk pegang hp pun asyik scroll instagram and facebook stalk gambar raya orang. Tak de keje en? Tulah part time baru aku time raya ni, dok stalk insta orang. Hahaha. So far, belum nangis lagi laaaa. Hati kental bro! Hahaha.


Dah macam iklan tv3 plak dah! Hahaha.


Sekian kisah aku. Nanti esok lusa cerita lain plak eh? Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls!

You Might Also Like

0 comments



@2011-2017 NurulHidayu