Ia wujud - Horror Malay Movie

4:31:00 AM







Selalu cerita melayu kinda sucks kan? Mostly masuk wayang pun cerita cinta. Okay, yang ni aku excited sikit nak cerita.

Compare to cerita cerita paranormal adventure yang lain, aku rate cerita ni 4/5 !
Kadang kadang aku tak faham nak buat apalah kau pergi cari 'benda' tu. Nak kata tak percaya? Nak tengok dgn mata kepala sendiri? Eh, dalam Quran pun dah state yang benda ghaib tu memang wujud. 

Okaylah, maybe certain people memang suka mengkaji benda benda yang tak nampak dek mata. Tak apa, itu mungkin hobi merekalah and aku nak kata apa kan? No right pun nak halang kan or kritik kan?

Well, korang try tengok cerita ni. Kinda best gak laa kalau nak bandingkan dengan Highland Tower or Penunggu Istana yang aku baru tengok before ni. 

Related image

Dalam ni, korang akan nampak cemana pemujaan pontianak, pemujaan pocong and cara main spirit of the coins.  Tak payah buat! Hahaha. 

Kisah 5 orang kawan ni nak sangat tengok benda ghaib. Site dorang? MimaLand. Before that, korang tahu tak MimaLand tu kat mana? Menda apa MimaLand tu? Disebabkan internet aku pun macam siput kura kura, korang cari sendiri laaa eh kat google :D

Masa sampai kat MimaLand tu, memang pak cik penjaga kawasan tu dah bagi warning tempat tu keras. Tapi dorang degil jugak nak masuk. 

Image result for ia wujud


So, first games was spirits of the coins. Mengikut movie and research yang aku buat, once ko dah main game ni..main smpai habis. Sampai kau hantar dia balik tempat dia balik. Jangan angkat jari dari coin once ko dah start main. 

Tapi, something happen and dorang main separuh jalan jaa. Anam tetiba nak buang air. 
So, dorang proceed game kedua which is pemujaan pocong. Pemujaan ni require someone berlakon jadi pocong. Siap kapan, siap ikat. Ada colok and lilin. Siapa yang kene jadi pocong tu? Anam laaa yang kena since dia yang paling selalu kena buli.
Tapi, yang ini pun separuh jalan sebab Anam takut sangat. But, Arif setuju nak gantikan Anam. Sebab bosan lama sangat tunggu, dia give up gak.

Image result for ia wujud

So proceed ke game ketiga, pemujaan Pontianak. Anam kena jugak. Pemujaan ni require telur, colok and lilin. Anam kena baca mantera untuk panggil cik ponti. Seriusly, mantera dia macam real gila. And seram bak hang!

Aku dah merungut rungut kenapa Anam yang asyik kena buat. Bengang laaaaa, awat tak suruh si Arif tu. Tadi dia yang cakap besar!

Kat sini laaa permulaan kejadian. Separuh jalan Anam baca mantera, dia mula dengar macam ada meja and kerusi gerak, kaca pecah. Dia jerit mintak tolong kawan kawan dia. Then tetiba dia berdiri mcm kena posses and jalan slow slow toward one of the rooms there. Time ni, aku and housemates aku semua dah tutup tutup muka dengan buku anat, bantal , hp segala yang boleh capai lah! Semua berderbar. 

"Dia kena rasuk ke weh?" itu jelah soalan yang asyik berulang ulang ditanya. Tak puas hati sbb tak ada orang jawab, tanya lagi. Hahahaha.

Lama sangat tunggu and Anam tak response dengan walkie talkie, yang lain bergegas masuk bangunan cari Anam. Panik sungguh laaa dorang tengok Anam hilang. 

Jeng jenggggggg, apa jadi?Haha! Tengoklah dulu! Tak best laaa kalau dah tahu cerita tanpa tgk movie dia. 

Kisah ni dilakonkan semula berdasarkan kisah benar. Moga enjoy and ambil iktibar dari movie ni :)


Kemain, kemain kau yuyu! Tengah exam, tengok movie. Pastu merungut! Erghh!
Haha, tak bolehlah nak mengadap buku 24/7 hours. Rasa nausea, loya tekak tunggu nak vomit jaaaa. Segala orbicularis oculi pun seems macam nak paralyse. Rehat kejap jaaaa!



Pictures credit to sinar harian & mstar.

You Might Also Like

0 comments



@2011-2017 NurulHidayu