Pemergian Arinah Bt. Abd Halim

10:32:00 PM

Assalammualaikum readers,


First of all..
Minta sesiapa yang baca entry nii, tolong sedekahkan Al Fatihah buat sahabatku yang baru kembali ke rahmatullah.. Mohon bacakan jua Yassin buat arwah Arinah Bt. Abd Halim. Biarpun kita tidak saling mengenali, tetapi kita tetap saudara seIslam :)





Kita selalu bergurau sama sama, nak tengok siapa kahwin dahulu dalam batch.. tapi kita tak pernah terfikir siapa yang akan pergi dahulu.

Yassin berkumandang, memaut hati yang semakin sayu. 2 Disember 2013. Tarikh keramat buat 7th Saviours dan seluruh Semashurian. Perginya Arinah, tidak akan kembali lagi. Al Fatihah buat Arinah Bt. Abd Halim. Pemergian Arinah sangat mengejutkan. Too sudden. Too fast. Sampai aku tak boleh digest berita yang aku baru dengar sebentar tadi.

Aku difahamkan Arinah dikejarkan ke hospital semalam kerana demam denggi. Hati ini dah rasa resah, tak senang duduk. Jujur aku cakap, aku bukanlah antara insan yang rapat dengan Arinah. Perkenalan kami pun sangat singkat. Tapi, aku tahu dia seorang yang sangat optimistik dan berfikiran positif. Rajin juga orangnya dan sentiasa menggembirakan orang di sekelilingnya. Aku try juga viber sahabat yang berada di Malaysia. Aku tunggu update dari kawan kawan di sana. Petang tadi baru aku terima berita pemergiaan Arinah. Sedangkan aku baru minta sahabatku di Mesir ini membacakan Yassin untuk Arinah supaya cepat sembuh.
Demam Denggi itu telah menyebabkan internal organ Arinah tidak dapat berfungsi. Waktu tu aku dengar buah pinggang Arinah tidak dapat berfungsi lagi.  

Mati itu satu kepastian. Dan Kiamat semakin menghampiri. Fitnah Dajjal semakin mendekati dan Ajaran sesat semakin melampaui batas. Mohon Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kesesatan dan fitnah Dajjal. 

Apalah perasaan ibu bapa Arinah pada saat doktor call off. Haihh. *Lap air mata*
Air mata begitu murah untuk permulaan bulan Disember ini. Ya Allah, semoga Arinah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solehah. Permudahkanlah dia untuk menemuiMu Ya Allah. 

Sungguh aku merasakan mati itu sangat dekat. Di saat aku menunggu dan mengira hari untuk tiba ke bulan 3, bulan kelahiran aku.. aku semakin takut. Sudah dekatkah ajalku? Mengapa dirasakan kematian itu begitu hampir? Astaghfirullah. Semoga aku mampu mengejar pahala dan cintaMu sebelum aku menutup mata, Ya Rabbi.


Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments



@2011-2017 NurulHidayu