Daffodils 5-6

7:33:00 AM

السلام عليكم
Sambungan Daffodils 5-6




5

Dia merasakan kepalanya berat. Perlahan-lahan dia membuka mata.Cahaya lampu yang begitu terang itu menyilaukan matanya. Namun, digagahkan jua matanya untuk dibuka.
Dia cuba membetulkan duduknya dari pembaringan. Bau-bauan enak membuatkan perutnya berbunyi, minta diisi.
Kat mana plak dah aku ni?Dia melihat sekeliling. Langsir pink? Macam rumah perempuan pulak dah..huisssh, simpang malaikat 44 ! Ngeri, bisiknya sendirian.
“Bangun dah? Ingatkan tak reti-reti nak bangun tadi,”kedengaran nada perli dalam ayat itu.
Aliff menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia terkejut.

“Woii, aku kat mana haa? Kau culik aku eh?”Aliff memandang tajam ke arah gadis itu. “ Kau bukan budak kedai bunga tu ke?”

“Ewah..ewah, sedapnya mulut kau kata aku kidnap kau. Kau ingat kau tu laku sangat ke aku nak culik? Kau pengsan tadi. Dah laa berat macam anak badak !”Gadis itu terus mengomel.
Dia kata aku macam anak badak?Ewah..ewah.. mulut itik nii..tak padan dengan badan kecik. Dah badan dia pun kecik macam lidi, nak salahkan aku berat pulak dah. Ada ke patot?Aliff menggerutu dalam hatinya. Whoaaaa, wait a sec! Dia angkat aku?Minah ni angkat aku bawa balik umah dia?Aku dalam rumah perempuan??Masak ni kalau JAIS datang.Aliff bingkas bangun bergerak menuju ke pintu utama.
“Oii, nak pergi mana?”gadis itu memandang tingkah laku Aliff, hairan. Budak nii 3 suku ke apa,rungutnya kepelikan melihat gelagat Aliff.

“Saya nak balik. Tak elok duduk berduaan dalam rumah. Kita bukan muhrim. Kalau kena cekup nanti, tak pasal-pasal saya kena jelaskan pada orang tua awak,”balas Aliff, tegas.

“Siapa kata kita berduaan?”Tanya gadis itu, blur.
Aliff hairan. Haa? Ya Allah, ada pasangan lain ke dalam rumah ini lagi..? Astaghfirullah..

“Sudah sedarlah awak? Ni, mari makan Zara ada masak sup ayam. Tadi awak pengsan, handphone awak pun out of battery. No choice, kedai pun kena tutup maaa.. terpaksa angkat awak kasi duduk rumah ini dulu sampai awak sedar. Sorry about that shirt. Itu saja yang muat,”ujar gadis cina berambut panjang itu. Bahasa melayunya petah sungguh. Aliff terpana. Baju?? Dia memandang badannya. Baju tidur lengan panjang colour pink tersarung kemas di badannya.
Arghhhhhhhh!!!

6

“Comel juga ya awak pakai baju ini,”usik May Li, ketawa terbahak-bahak. Aliff tunduk, malu. Biar benar.. dorang tukar baju aku? Weyyy.. dorang mesti Nampak boxer spongebob aku! Cisss, jatuh macho aku..Aliff bermonolog sendirian.

“Muka merah kenapa? Panas sangat ke sup tu?”Tanya Zara,perihatin.
“Tak ada apa. Mana baju saya?Seluar saya?”Tanya Aliff, perlahan.
“Dobi. Kalau basuh kat sini, esok pagi baru kering baju awak. Awak jatuh atas pasu bunga tadi. Baju awak kotor kena baja and air takung tanaman organik.”jelas Zara, bersahaja.
“Jadi..emmm, siapa yang tukarkan emm.. baju saya?”Aliff menyoal lagi,perlahan.Zara tersengih. Lucu sungguh mamat ini.
Dia menuding jari ke arah May Li kemudia ketawa terbahak-bahak. Riak wajah Aliff berubah apabila melihat May Li tersenyum jahat.
“Jangan risau, kita takkan beritahu awak pakai boxer spongebob. It’s cute ,”sindir May Li. Aliff menekup wajahnya yang dirasakan mulai berbahang menahan malu. Damn..Aku rasa macam aku diperkosa oleh dua orang perempuan.

Are you okay, dear?”teguran Raffi membuatkan Kamilia tersedar dari lamunannya. Kamilia tersenyum manis. Why he didn’t show up? Kamilia tertanya-tanya. Hampir sejam menunggu Aliff di rumah, dia mengambil keputusan untuk pergi bersendirian ke rumah Raffi. Mungkin Aliff terperangkap dalam traffic jam. Sudah 3 jam berlalu dan kelibat Aliff masih tiada. Dia cuba menghubungi Aliff tetapi unreachable.

“Aliff, where are you?”sayu kedengaran suara Kamilia.Dia memandang langit yang terbentang luas ditemani bintang-bintang kecil.



Angin malam bertiup dingin. Langit malam ini dipenuhi bintang. Aliff hanya memerhati langit. Mesti Kamilia marah esok. Kena pinjam shield Captain America nii kalau bertembung Miss Hulk esok hari. Itupun belum tentu selamat lagi dari amukan Miss Hulk. Kena minta tolong Ironman.Damn..Kamilia, I’m so sorry.




Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments



@2011-2017 NurulHidayu